thought


Jika hamba-Ku merancang melakukan kebaikan,
maka akanku rekodkan untuknya satu pahala
walaupun dia belum melakukannya.
Jika dia telah melakukannya,
maka akanku rekodkan sepuluh kali ganda,
(pahala amalan tersebut).

Sekiranya dia berniat untuk melakukan satu kejahatan,
maka aku tetap memaafkannya 
selagi dia belum melakukan kejahatan tersebut.
Jika dia telah melakukannya,
maka aku rekodkan sebagaimana perbuatan
yang dilakukannya.

Para malaikat berkata :
"Wahai Tuhan, itu seorang hamba-Mu 
yang hendak melakukan keburukan."

Allah berfirman (sedangkan Allah lebih mengetahui):
"Lihatlah dia. Jika dia melakukannya,
maka catatkan kejahatan itu untuknya.
Jika dia meninggalkannya,
maka rekodkan untuknya satu pahala.
Sesungguhnya dia meninggalkan kejahatan itu
kerana takut kepada-Ku."

Comments