) AYEMRAWI;
HOME ABOUT CATEGORY ARCHIVE
Follow

Tips Menghadapi Peperiksaan


Tadi, tak pasal-pasal aku kena bagi tips cara belajar dekat budak form 3 tahun ni. Mweh ~ dengan tak bersedianya, main gasak je. So, sebelum aku meneruskan post merepek kat Sensephobia, let's I give you some tips on effective way of study.

1) Fokus masa cikgu mengajar
- Perlu ke tidur masa cikgu berhempas-pulas ajar korang ? First, habit tu sangat rude. Second, memang nanti korang yang rugi sebab tak faham. So, kalau tak nak kasi mengantuk dalam kelas, silalah duduk di hadapan kelas. Nak-nak masa cikgu strict mengajar, nak lentok sekejap pun tak kan dapat.



2) Sila sedar diri yang anda nak ambil ujian besar
- Ni sangat penting, kalau korang tak sedar diri, asyik ingat nak honeymoon je memang belajar akan jadi main-main. So, ni kena masuk kelas penyedaran diri ni. Suruh cikgu buat sampai korang risau tahap gaban nak ambil exam.

3) Makanan juga berperanan yewh
- Sambil belajar tu lagi bagus pergi makan kismis or kurma dan makanan sejenis dengannya. Apa kejadah pergi mengunyah jajan Super Ring or Maggi tuh ? Sebelum tu check it out link bawah -

4) Think Positive, Be Positive, Your Result Will Be Positive
- Kalau asyik cakap susah je mana tak subjek tu jadi susah ? Cuba cakap "Sejarah senang, Sejarah senang, Sejarah senang .... ". Confirm benda tu senang. Then, kalau tak dapat jawab Mathematics janganlah pergi koyakkan kertas tu semata-mata nak puaskan hati. Aiyoo ~

5) Jaga Hubungan Dengan Tuhan
- Actually, benda ni paling utama. Solat wajib janganlah ditinggalkan. Solat sunat hajat digalakkan untuk dibuat. Then, minta Allah permudahkan kita menjawab exam everytime. InsyaAllah.

6) Respect Your Parents, Family, Teachers and Friends
- Janganlah korang bersikap kurang hajar dengan parents and family korang. Bukan dapat apapun. Plus, dapat dosa adalah and nanti susah nak jawab exam sebab tiada keberkatan ibu bapa. Dengan cikgu-cikgu, tak payahlah nak mengutuk-ngutuk cikgu tu. Sebab cikgu yang bagi ilmu and kalau korang dah kutuk-kutuk, tak sampailah ilmu tu kat korang. Dengan kawan-kawan jangan asyik buli atau mengganggu ketenteraman jiwa diorang. Karang tak pasal-pasal, kawan korang dah baran, dia sumpah korang fail exam, siapa yang susah ?

7) Kerja Rumah dan Buku Latihan
- Kerja rumah cikgu bagi tu buat.Then, buku latihan yang korang beli kat bookshop tu pun buat. Sebab "practice makes perfect". Teruskan buat latihan untuk setiap subjek. Bagi dia lekat dalam kepala otak.

8) Get Know Who's Been Your "Musuh Dalam Selimut"
- Okay, macam aii ~ siapa lagi kalau bukan musuh dalam selimut tebal aku (FACEBOOK and BLOG). Bohong kalau korang cakap korang tak online FB sebab FB ni dah jadi kewajipan kan ? Kadang-kadang kalau tak di-control, boleh meng-online sampai pukul 3 pagi. Then, pagi besok dah pening kepala sebab tak cukup tidur. Benda ni sangat bad. 

9) Jangan Jadi Hopeless
- Kalau korang dalam kategori yang sederhana. Silalah tanya kepada cikgu and kawan korang kalau tak faham. Then, pakat dengan kawan buat study group. Please act fast sebab belum lambat lagi nak study balik tajuk form 1 and 2. Jangan last-last minute baru nak buka buku. - Pesanan untuk depa yang moderate dalam belajar.

Labels: , ,







Monday, January 16, 2012

| ALL RIGHT RESERVED © EST. 2010