) Y-KNWHT;
HOME ABOUT CATEGORY ARCHIVE
Follow

Tips Tingkatkan Follower


Bolehlah pakai kalau agak-agak macam jalan je. Ini tips untuk tingkatkan follower dan visitor sekaligus. Muehehe.

1) Blog
- Biasanya, orang nak follow blog yang cool, cute and kemas tak berserabut. Followers pun tak rabun, mestilah diorang nak follow blog yang template awesome macam kak NAA. Due to that, korang menyelinap kejap dekat Blogskins.com , try cari skin yang cantik. 

2) Entry
- Cuba tengok cik Epal, entry dia tip-top gempak kan ? Aku sangatlah jelly, sebab aku tak pandai menulis macam dia. Okay, kalau blog lawa entry sangatlah bosan pung tak jadi juga. So, korang kena hari-hari buat entry meletup, tup tup nanti bukan setakat dapat followers, readers pun mesti ada. Buat fiction pun okay, mesti ada orang nak baca.

3) Buat Skin
- Cara ni menjadi untuk aku sebab lepas aku contribute dua skin pertama aku, terus naik follower aku. Kalau korang pandai coding template, contribute-lah kat Blogskins. Buat lawa-lawa, mesti ada orang nak pakai. Kalau jadi Skin Of The Day lagi best. Jangan lupa letak own credits.

4) Join Group Blogger Kat FB
- Ini pun berhasil for me sebab lepas join BBB baru-lah ada orang nak view blog buruk aku ni. Nak tahu group apa yang ada kat FB tu, search-lah sendiri. Nanti bila dah kena approve masuk, aktifkan diri anda dengan selalu buat post / komen post orang. Kat group korang tu promote lah blog anda dengan cara yang menarik yewp.

5) Buat Contest / Giveaway
- Cuba pakat dengan bloggermate anda. Lepas tu cari sponsor hadiah yang meletup biar ramai orang nak join sebab hadiah best. So, kat syarat contest/giveaway tu jangan lupa tulis -
- Wajib Follow Blog Ini Untuk Peluang Lebih Cerah
- Sila Follow Blog Ini Untuk Selalu Follow Updates. 

6) Tag Blogger Famous
- Pernahkan main tagging game ? Yang kena jawab soalan tu lepas tu kena tag orang lain. [Saya Harap Anda Faham] So, janganlah tag kawan-kawan korang, cuba tag blogger famous. Lepas tu beritahu dia yang korang tag dia. Kalau blogger famous tu lembut hati, mesti dia buat post untuk tag tu and insert link korang kerana korang telah menge-tag blogger famous tu. Secara tidak langsung, ratusan visitor yang everyday visit blog's blogger famous tu takkanlah tak tertekan link korang. Kalau dia berkenan, dia followlah blog anda. That's why kena ada blog lawa + entry hot.

7) Blogwalking and drop link kat shoutbox.
- Ini pun boleh try. Korang tulis kat shoutbox orang tu banyak. Kalau dia asyik tengok message korang je mesti dia nak tahu siapa yang asyik shout kat shoutbox dia. Kalau blog korang lawa, mesti dia nak follow.

8) Exchange Link
- Dapatkan peluang kalau tertengok ada blogger yang buat exchange link. Kalau dapat ecxhange link dengan blogger hott, tak ke lagi best ?

9) Buat Tuto & Freebies
- Selalunya, blogger yang buat tuto & freebies ni banyak orang visit. So, korang buatlah tuto menimbun-nimbun, and bagi freebies melambak-lambak. Takkanlah takde orang nak tengok tuto / freebies korang. And mestilah dia nak follow sekali kan ?

10) Blog dalam Majalah
- Cuba-lah try. Mana tahu blog masuk majalah Remaja / InTrend ke. Ni lagi famous. 


p/s - duit churpchurp tak naik-naik pun. fedup aku ~

Labels: , ,







Sunday, December 18, 2011

| ALL RIGHT RESERVED © EST. 2010